Saturday 30 June 2012

*Saya Tak JANJI





Saya tak JANJI akan jadi suami yang sempurna untuk awak, tapi saya akan berusaha menjadi suami yang terbaik.

Saya takkan berjanji untuk cinta awak sepenuh hati saya, sebab saya nak letak Allah penuh-penuh dalam hati ini dan baru awak.

Saya takkan berjanji untuk takkan buat awak menangis, tapi bila saya ada saya akan cuba seka setiap air mata yang menitis semampu saya.

Saya takkan beri harapan untuk bersama awak selama-lamanya, sebab suatu hari saya akan pergi juga.

Saya akan ajar awak, tiada jaminan atas setiap perkara yang berlaku. Hidup kita umpama pensil. Pasti ada yang memegang hidup kita, iaitu Allah. Jangan berharap pada hidup. Biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya, tapi itu masih tak cukup. Kita kena ajar diri, there is no guarantee in life.

Tapi satu perkara yang saya pasti,
~ Saya Nak Jumpa Awak Di Syurga Nanti ;)

HARAPAN SAYA.."Awak yg terakhir untuk saya, begitu juga saya untuk awk..

Saya mungkin dah terlambat untuk jadi yang pertama bagi awk, tetapi sy akan berusaha untuk jadi yang terakhir buat awk.. Saya harap awk pun begitu."




Tuhan mengizinkan kita disakiti,
agar esok kita tahu cara untuk
mengubati orang yang terluka..

Tuhan membuat kita menangis,
agar esok kita mampu menghibur
orang yang sedang bersedih..

Tuhan menjadikan kita manusia
dengan kelebihan dan kekurangan,
agar kita sedar dan tahu bahawa dengan
hanya BERDOA, BERUSAHA & BERTAWAKAL,
Tuhan akan menjadikannya segalanya indah pada waktunya  . . .

9:25pm.m

Thursday 7 June 2012

*Peliharalah Hubunganku



Ya Allah..
Seandainya dia tercipta untukku..
Berilah hambaMu kekuatan untuk menerima dia..
Janganlah Kau biarkan hubungan ini tercemar tanpa redhaMU..


Ya Rabbi..
Seandainya dia tercipta untukku..
Peliharalah hubungan ini agar ianya tidak terpesong jauh..
Satukanlah hati kami dan biarlah cinta kami Lillahi Taala..

Ya Muhaimin..
Seandainya dia tercipta untukku..
Kau panjangkanlah usianya..kuatkanlah imannya..
Jauhkanlah kami dari segala dugaan yang mendatang..

Ya Rahman...
Seandainya dia tercipta untukku..
Sejuk kanlah pandangan mata hati ku..
Tiap kali hambaMU melihat dia..
Sesungguhnya Ya Allah..perasaan cinta ini amat indah..
Jika ianya disulami dengan keimanan..

Tetapi Ya Allah..
Jika Kau lebih menyayangi dirinya..
Izinkanlah hambaMu untuk berjumpa dengannya di sana kelak..
Izinkanlah hambaMu untuk menjadi bidadarinya di sana..
Semoga ikatan yang terputus di dunia..akan kembali terjalin di sana..
Amin..

11:24 Pm . 7/6/2012